Thursday, April 28, 2011

NOS @ New Location - Foh Sang 22.04.2011

 Salam Kenarianz..
NOS baru-baru ini telah berlangsung dengan meriah di tapak NOS baru iaitu Foh Sang. Bermula jam 8.30 mlm, jentera Kenarianz mula berkumpul dan pada malam tersebut, hampir 30 buah jentera telah menjayakan NOS.
Tapak NOS yang luas



Sesi Layan Jentera
 Kehadiran dua orang rakan baru turut dialu-alukan... Mamat & Alex.. Welcome to de club.. :)
Mamat & his machine
Alex

Sesi Taklimat telah disempurnakan oleh KCR-0188 Madi.. Antara topik yang hangat ialah kejadian khianat merosakkan pelekat promo Kenarianz pada jentera ahli. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana melibatkan imej kelab dan keselamatan ahli. Semua ahli dinasihatkan supaya memandang serius perkara ini dan melaporkan sebarang kejadian seumpamanya kepada pihak tertinggi kelab untuk tindakan selanjutnya dan jika perlu, sebagai kelab yang berdaftar secara sah di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku khianat ini.
KCR-0188 menyempurnakan sesi taklimat
Sesi Tampal Sticker bagi mangsa tangan2 setan yang mo dipotong tangannya hehe
 NOS berterusan dengan sesi sembanging dan Sesi Gila Kamera seperti kebiasaannya...Kenarianz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sahabat-sahabat dari MeNu Crew yang turt hadir memeriahkan NOS kali ini..
Chit-chating lagi dan lagi
Antara yg turut sama memeriahkan NOS
Setelah kering tekak di tapak NOS, Sesi Meja Makan diadakan di Restoran Salim Lintas dan akhirnya tamat kira-kira jam 12.30 mlm. Terima kasih kepada semua yang hadir dan semoga berjumpa lagi pada NOS akan datang..

Sesi Meja Makan - MeNu Crew turut hadir
Ini memang meja bulat ni.. :)

Madi Pye Fui Joe Hairul Robin Ah Chok Raymond UncleR UncleT Azhar Aizar Ivan Raymond Henry Mike Gibson Albert Farid Poji Sufrie Hairul Azami Roy MrW Joseph Mamat Alex
*maaf jika ada nama yg tercicir

1 orang berkata-kata:

Aizar Transformers said...

hidup Kenarianz..!!!!!!